Assalamualaikum and hye ..
sekarang musim kemarau...selepas banjir yg teruk baru baru ni...
kt bangi ni dh dua hari mendung bile petang...
sebab tu boleh selesema..hujan panas hujan panas..
macm mana boleh demam??? virus dlam tubuh kau byk kot farah..hahahha
ye ke cam tu??? emm kena tanya yg lebih arif..farah cma tahu undang2 sahja..hhaha..tw la sangat !..hahhahaha..
ok meh sisni DR FARAH bagi tw...selesema ni bukan penyakit tau..tapi ianya adlah gejala
ia ditunjukkan dengan kenaikan suhu yang tinggi yg luar biasa..
sebenarnya ia adlah satu cara badan kita melawan penyakit..
suhu badan yg normal adalah sekitar julat 36 - 37.4 OC...
haaaaa..kalau rasa something wrong tu...mgkin tanda2 selesema...
demam selesema ni sebenarnya biasa berlaku di negara yg beriklim panas dan juga kawasan yg terlalu sejuk..
selesema ni merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahgian atas.
ANTIBIOTIK tidak dapat membunuh virus...
ANDA PERLU TAHU !
virus selesema akan merebak melalui :
- anda bercakap
- bersin
- batuk atau bernafas
jangkitan biasanya akan bermula dengan hidung berairdan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus..
TANDA TANDA SELESEMA :(
- tekak yg kering atau sakit mgkin mendahului gejala2 lain dalam masa sehari @ lebih
- hidung berair ( berhingus jernih )
- bersin ( satu cara badan bagi melapangkan saluran rongga hidung )
- batuk (mgkin kering @ berkahak )
- suara kasar disebbkan virus yg mnyebabkan korda vokal membengkak
- mata menjadi panas
- hilang deria bau & rasa
- sakit sakit badan
PETUA lawan selesema :)
- berehat di katil
- kunci memulihkan selesema adlah tidur selama 12 jam atau lebih setiap malam bg melawan selesema
- duduk dlam persekitaran lembap dan panas BUKAN dalam bilik yg terlampau panas
- minum banyak air
- berkumur dengan air garam yg suam bg meredakan kegatalan dan sakit tekak.
BERJUMPA doktor jika :
- demam selesema mningkat kpd 38 0c atau lebh tinggi yg berpanjangan selama 2-3 hari
- sakit kepala yg teruk atau sakit dbhagian muka
- hudung tersumbat hingga sukar bernafas
- nafas berbunti berdesit
- batuk teruk
- sakit telinga
- kahak sudh bertukar dr jernih kpd khijauan, kekuningan atau merah karat
bila kita selesema maknanya kita tidak sihat...jom fikir..kenapa Allah bagi kita sakit ???
adakah sebab Allah nak susahkan hambanya?? adakah Allah nak balas dendam kat kita sebab kita trlalu banyak dosa denganNya???
sebenarnya, sakit ni adalah suatu ujian yg diberikan Allah kpd hamba2 Nya yg terpilih sahaja..jd kita bersyukurlah andai Allah memilih kita sebgai hamba untuk diuji..senyummmm..:))
ingat tak lagu kumpulan nasyid Raihan??
ingat 5 perkara..sebelum 5 perkara
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
manusia hanya dapat menilai kehidupan ini begitu berharga apabila dia dah sakit..sakit akan datg bila bila masa sahaja tanpa kita undang..
sakit bukan penyeksaan untuk kita tapi sakit itu PERINGATAN.
Rasulullah S.A.W bersabda " tidaklah seorg muslim itu menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan dosa dosanya dengan penyakit itu, sebgaimana pohon menggugurkan daun daunya." ( Hadis Riwayat Muslim, Bukhari )
jangan mengeluh ketika sakit..tp hakikatnya manusia akan terkeluar kata dr mulut 'aduhhh knape la aku sakit'..lebih kurg bgitu...
sebenarnya bila sakit kita baru tahu rahsianya...rahsia??? ye rahsia..:)
sebenarnya Allah sygkan kita..sebab tu Allah bg kita rasa sedikit kesakitan itu..
Allah sangat baik ! Allah utuskan 4 malaikat menjaga kita bila sakit..
Allah memerintahkan :
- Malaikat pertama datang untuk ambil kekuatannya hingga dia menjadi lemah
- Malaikat kedua untuk mengambil kelazatan makanan dr mulutnya
- Malaikat ketiga untuk mngambil cahaya terang diwajahnya hingga berubah wajah pesakit menjadi pucat lesi
- Malaikat keempat untuk mngambil smua dosanya , maka berubahlah pesakit dr dosa yg lampau
tatkala Allah hendk menyembuhkan hambanya Allah memerintahkan Malaikat 1 2 3 untuk mngembalikan kekuatan, kelazatan makann dan cahaya terang hambaNya.
TETAPI Malaikat 4, tidak mngembalikan dosa Hamba Allah tadi dengan perintah Allah..
lalu bersujud malaikat kpd Allah..lalu berkata : ' Ya Allah kenapa dosa dosa ini tidak Engkau kembalikan?'
jawab Allah : ' Tidak baik bagi Kemuliaan Ku jk Aku mngembalikan dosa dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan drinya ketika dia sakit. pergilah dan buang dosa dosa tersebut '.
sabda Rasulullah : ' sakit panas dalam sehari semalam dapat menghilangkan dosa selama setahun '.
Subhanallah ! Allah bgitu syg akn kita...jd mari lah kita sama sama menyangka baik terhadap kesakitan yg kita dapat :)))
thank you for reading this entry :*